History Of Bukit Ekspo UPM | UNIVERSITY AGRICULTURE PARK
» ARTICLE » History of Bukit Ekspo UPM

History of Bukit Ekspo UPM

Bukit Ekspo

Bukit Ekspo merupakan sebahagian kawasan Taman Pertanian Universiti (TPU),kedudukan lokasi berhadapan dengan Kolej 13 dan Pusat Kesihatan Universiti. Di sekeliling bukit ini terdapat 5 buah kolam dan lintasan laluan ERL berhampiran dengannya. Terdapat pelbagai spesies tumbuhan di sekitarnya termasuk pokok buah-buahan utama, nadir, tumbuhan rempahan, pokok naugan atau teduhan dan tumbuhan hiasan.

Bukit Ekspo pertama kali digunakan sebagai tapak Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen bersempena dengan Istiadat Pengistiharan Perlantikan Cancelor dan Pro Cancelor serta Konvokesyen Pertama Universiti Pertanian Malaysia pada 24 hingga 30 Julai 1977. Keluasan kawasan Bukit Ekspo ketika itu adalah 16 hektar (40 ekar ) dan dilengkapi dengan kemudahan seperti Pentas Angsana dan Astaka Orkid serta 200 buah gerai berbumbung telah dibina di kawasan tersebut. Di kawasan ini juga didirikan sebuah rumah papan yang dinamakan Rumah Mutiara hasil sumbangan dari Syarikat Penang Wood. Pada masa kini, kawasan tersebut menjadi tumpuan ramai kerana banyak program dan aktiviti yang dijalankan seperti  tapak Ekspo Pertanian dan Pesta Konvoksyen, aktiviti pelajar , hari keluarga, perkhemahan, larian amal, explore race, team building, majlis perkahwinan di Astaka Orkid dan banyak lagi.

Bukit Ekspo dibahagikan kepada 5 zon iaitu Zon Mata Tunas, Zon Tapak Ekspo, Zon Rempahan, Zon Rekreasi dan Zon Mutiara. Terdapat lebih 200 spesis tumbuhan dari kelompokan pokok di kawasan Bukit Ekspo yang terdiri daripada koleksi varieti durian, rambutan dan buah-buahan nadir seperti kundang (Bouea macrophylla) dan binjai (Mangifera caesia) di Zon Mata tunas, pokok-pokok teduhan dan hiasan di Zon Tapak Ekspo, koleksi pelbagai tanaman rempahan seperti pokok kayu manis (Cinnamomum iners),  cengkih (Syzygium aromatic) dan  lada hitam (Piper nigrum) di Zon Rempahan.

 

i. Zon Matatunas

 

ii. Zon Tapak Ekspo

 

iii. Zon Rempahan

 

iv. Zon Rekreasi

 

v. Zon Mutiara

Di Zon Mutiara pula terdapat tumbuhan hiasan dan pokok buah bambangan (Mangifera pajang) yang berasal dari Sabah dan pokok buah putat (Barringtonia racemosa)manakala  Zon Rekreasi mempunyai koleksi pelbagai pokok buah buahan nadir seperti buah mentega (Diospyros discolour),  rambai istana (Lepisanthes alata), mertajam (Erioglossum rubiginosum) dan bidara (Ziziphus mauritiana) dan pokok naungan seperti ru pantai (Casuarina equisitifolia) dan mambu (Azadirachta indica).

Date of Input: 04/10/2018 | Updated: 04/10/2018 | shazry

MEDIA SHARING

UNIVERSITY AGRICULTURE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 8946 7288
+603 8942 4076
C1544857693