Audit MyGAP Ternakan dan tambahan skop bagi produk (rusa) dan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah pun dijalankan pada 3 Ogos 2016 (Selasa) yang lalu. Seramai dua (2) orang juruaudit yang telah hadir bersama-sama membantu pengauditan kali ini dan mereka adalah terdiri daripada Dr. Zainor bin Mohamad dan En. Mohamed Mustaqim bin Mohamed Shariff.
Pihak TPU dengan besar hati mengucapkan Selamat Datang kepada barisan Juruaudit Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia dan semoga warga TPU memperolehi kejayaan kali ini.
Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan