Penyertaan Taman Pertanian Universiti Di Dalam Pertandingan Leanova@UPM 2016 | TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
» BERITA » Penyertaan Taman Pertanian Universiti di dalam Pertandingan Leanova@UPM 2016

Penyertaan Taman Pertanian Universiti di dalam Pertandingan Leanova@UPM 2016

Program Lean Success Stories dan Pertandingan Leanova@UPM 2016. Yang mana UPM dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) akan menganjurkan program Lean Success Stories dan Pertandingan Leanova@UPM 2016 pada 28 & 29 September 2016 (Rabu & Khamis), Jam 8.30 pagi – 1.00 tengahari.

Taman Pertanian Universiti (TPU) telah mengambil bahagian di dalam Pertandingan Leanova@UPM 2016 pada 29 September 2016 bertempat di Dewan Taklimat Serdang, Bangunan Canselori Putra UPM.

Sebanyak enam (6) kumpulan kesemuanya yang bertanding dari mereka adalah terdiri dari tajuk pembentangan berkaitan  “Proses Lapor Diri Staf” dari Pejabat Pendaftar, “Proses Keputusan Peperiksaan” dari Bahagian Kemasukan & Bahagian Urus Tadbir Akademik, “Proses Pemantauan Cuti Belajar” dari Pejabat Pendaftar, “Proses Penyediaan Sijil @e-sijil” dari Taman Pertanian Universiti, “Proses Penyediaan Data Penilaian Prestasi Tahunan Bagi Tujuan Pergerakan Gaji” dari Pejabat Pendaftar & iDEC, “Proses Tesis” dari Sekolah Pengajian Siswazah. Keputusan pertandingan akan diumumkan pada majlis Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan akan diadakan pada 27 Oktober 2016 nanti.

Warga TPU mengucapkan tahniah dan syabas kepada para peserta dari Kumpulan TPU-LeanPioner terdiri dari Latifah Amir dan Rubiah Ghazali di atas penglibatan mereka pada tahun ini.



Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXDdDAb~