Sesi verifikasi kedua anak pokok durian bagi Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) oleh staf Ibupejabat Jabatan Pertanian Malaysia, Putrajaya telah dijalankan pada 28 Jun 2019.
Sejumlah 1,373 anak pokok durian klon D200, D197, D99 dan D24 berjaya disahkan ketulenan klon untuk sesi verifikasi kali ini.
Sesi verifikasi ini merupakan kali kedua diadakan pada tahun 2019. Pada sesi verifikasi pertama pada 8 Mei 2019, sejumlah 1,276 anak pokok durian klon D197 dan D168 serta jambu air madu (thai king) berjaya disahkan ketulenan klon.
Adalah dijangkakan menjelang suku ketiga dan keempat tahun ini, sesi verifikasi sebegini akan diadakan lagi bagi mengesahkan ketulenan klon anak-anak pokok telah sedia dicantum.
Tarikh Input: 26/07/2019 | Kemaskini: 26/07/2019 | syedghazali
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan