Livestock Division | UNIVERSITY AGRICULTURE PARK

Livestock Division

ternakan

 

 

 

Pengenalan

 

Bahagian Ternakan terletak di Timur kampus UPM dan di kelilingi oleh Lebuhraya Utara Selatan, SILK, ERL dan SKVE.

 

Berkeluasan 120 hektar atau 300 ekar meliputi Padang Ragut, Kawasan Potong dan Angkut, Unit Ruminan Besar (Pedaging dan Tenusu), Unit Ruminan Kecil (Rusa dan Kambing), Unit Ekuin dan Pastura, kolam takungan.

 

Kekuatan staf di Bahagian Ternakan ialah seramai 36 orang termasuk 4 orang Pegawai Pertanian dan 6 Penolong Pegawai.

 

Fungsi dan Peranan

 

1. Menyokong  dalam pengajaran, penyelidikan dan latihan amali.
2. Tempat latihan industri pelajar berkaitan ternakan
3. Mengekalkan suasana kampus hijau dan menjadi lokasi edutourism seperti Tenusu, Ekuin dan Rusa.
4. Menyediakan kemudahan dan kawasan bagi aktiviti rekreasi dan riadah



Seksyen di Bahagian Ternakan

 

1. Seksyen Ruminan Besar (Pedaging & Tenusu)
2. Seksyen Ruminan Kecil (Rusa & Kambing)
3. Seksyen Ekuin & Pastura

 


Fungsi & Peranan

 

Seksyen Ruminan Besar dan Seksyen Ruminan Kecil

1. Menyokong matlamat UPM dalam pengajaran, penyelidikan dan latihan praktik pelajar UPM.

2. Membolehkan universiti menjalankan aktiviti pengajaran berterusan berkaitan lembu tenusu & pedaging  yang boleh ditawarkan kepada warga kampus dan orang awam.

3. Membolehkan universiti menjana pendapatan melalui aktiviti hasilan tenusu, jualan ternakan dan lawatan edupark.
 

 

 

 

Seksyen Ekuin & Pastura

 

1. Menyokong matlamat UPM dalam pengajaran, penyelidikan dan latihan praktik pelajar UPM.

 

2. Memberi peluang kepada semua warga kampus termasuklah pelajar, staf dan anggota keluarga mereka menikmati kemudahan riadah berkuda seperti menunggang pada kadar yang lebih rendah dari luar.

 

3. Membolehkan universiti menjalankan aktiviti pengajaran berterusan berkaitan kuda yang boleh ditawarkan kepada warga kampus dan orang awam.

 

4. Menjadikan riadah berkuda sebagai kaedah untuk menjalinkan ‘networking’ di antara UPM dengan agensi kerajaan yang lain.

 

5. Membolehkan orang awam menggunakan kemudahan riadah universiti dan berinteraksi dengan warga kampus.

 

6. Menyambut hasrat kerajaan untuk menjadikan sukan berkuda sebagai riadah dan sukan yang termampu oleh golongan rendah dan menengah.

7. Membolehkan universiti menjana pendapatan melalui aktiviti berkuda.

 

8. Menyediakan kawasan ragutan untuk ternakan ruminan yang terdiri dari lembu tenusu, lembu pedaging, rusa dan kambing.

9. Menyediakan rumput potong (fodder) dari kawasan potong-angkut dan dihantar ke kawasan lembu fidlot, tenusu, lembu dalam yard, rusa dan kambing.

10. Menyediakan tempat latihan amali untuk pelajar Kursus Amalan Ladang (SHW 3003) disamping kawasan penyelidikan untuk penyelidik yang berminat menjalankan kajian berkaitan tanaman pastura.

11. Untuk menjadi sebuah ladang model untuk dilawati oleh pelajar / pelawat dari luar.

 

 

 

Updated:: 14/06/2017 [shafinash]

MEDIA SHARING

SEE ALSO
UNIVERSITY AGRICULTURE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 8946 7288
+603 8942 4076
C1511314669