SEKSYEN EKUIN & PASTURA | UNIVERSITY AGRICULTURE PARK
» DIVISION » Livestock Division » SEKSYEN EKUIN & PASTURA

SEKSYEN EKUIN & PASTURA

Seksyen Ekuin & Pastura

1. Menyokong matlamat UPM dalam pengajaran, penyelidikan dan latihan praktik pelajar UPM.

2. Memberi peluang kepada semua warga kampus termasuklah pelajar, staf dan anggota keluarga mereka menikmati kemudahan riadah berkuda seperti menunggang pada kadar yang lebih rendah dari luar.

3. Membolehkan universiti menjalankan aktiviti pengajaran berterusan berkaitan kuda yang boleh ditawarkan kepada warga kampus dan orang awam.

4. Menjadikan riadah berkuda sebagai kaedah untuk menjalinkan ‘networking’ di antara UPM dengan agensi kerajaan yang lain.

5. Membolehkan orang awam menggunakan kemudahan riadah universiti dan berinteraksi dengan warga kampus.

6. Menyambut hasrat kerajaan untuk menjadikan sukan berkuda sebagai riadah dan sukan yang termampu oleh golongan rendah dan menengah.

7. Membolehkan universiti menjana pendapatan melalui aktiviti berkuda.

8. Menyediakan kawasan ragutan untuk ternakan ruminan yang terdiri dari lembu tenusu, lembu pedaging, rusa dan kambing.

9. Menyediakan rumput potong (fodder) dari kawasan potong-angkut dan dihantar ke kawasan lembu fidlot, tenusu, lembu dalam yard, rusa dan kambing.

10. Menyediakan tempat latihan amali untuk pelajar Kursus Amalan Ladang (SHW 3003) disamping kawasan penyelidikan untuk penyelidik yang berminat menjalankan kajian berkaitan tanaman pastura.

11. Untuk menjadi sebuah ladang model untuk dilawati oleh pelajar / pelawat dari luar.


Updated:: 05/10/2016

MEDIA SHARING

UNIVERSITY AGRICULTURE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 8946 7288
+603 8942 4076
C1532214710