KURSUS ASAS PENGENCAMAN SPESISI POKOK HUTAN, 12 - 13 APRIL 2017 | UNIVERSITY AGRICULTURE PARK
» NEWS » KURSUS ASAS PENGENCAMAN SPESISI POKOK HUTAN, 12 - 13 APRIL 2017

KURSUS ASAS PENGENCAMAN SPESISI POKOK HUTAN, 12 - 13 APRIL 2017

Taman Pertanian Universiti dengan kerjasama Bahagian Latihan (Bukan Akademik), Pejabat Pendaftar, UPM telah menjalankan Kursus Asas Pengencaman Spesis Pokok Hutan pada 12 dan 13 April 2017 yang lalu bertempat di Hutan Simpan Puchong yang mana seramai 21 orang peserta yang menghadiri kursus ini dan melibatkan Skim G di UPM.

Kursus ini dijalankan secara toturial dan lapangan yang mana penceramah serta penunjukajar kursus terdiri daripada Pensyarah dan Pegawai Pemeliharaan Hutan di Fakulti Perhutanan, UPM.

Pihak penganjur merangkap sekretariat kursus mengucapkan berbanyak terima kasih di atas komitmen peserta dan juga penceramah/penunjukajar dalam menjayakan kursus ini. Kerjasama begini diharap dapat diteruskan dalam membantu meningkatkan pengetahuan staf secara teori dan amali (hand-on).

 

Updated:: 14/06/2017 [aifah]

MEDIA SHARING

UNIVERSITY AGRICULTURE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 8946 7288
+603 8942 4076
C1500604254