Sambutan Bulan Kemerdekaan & Program Lestari Hijau TPU UPM | UNIVERSITY AGRICULTURE PARK
» NEWS » Sambutan Bulan Kemerdekaan & Program Lestari Hijau TPU UPM

Sambutan Bulan Kemerdekaan & Program Lestari Hijau TPU UPM

 

Serdang, 11 Ogos- Taman Pertanian Universiti (TPU) UPM telah melancarkan Bulan kemerdekaan peringkat TPU yang telah diadakan di perkarangan Pejabat Am Taman Pertanian Universiti UPM pada Selasa lepas yang telah dihadiri oleh Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, YBhg. Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris ,Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato' Dr. Zulkifli Idrus. Program ini bertujuan untuk menukilkan semangat patriotik dalam kalangan staf TPU UPM khususnya dan semua rakyat Malaysia amnya.

Program ini turut diserikan dengan Program Lestari Hijau UPM yang diadakan di setiap bahagian masing-masing di TPU. Selain itu, program ini turut diadakan untuk meraikan mantan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, YBhg. Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris sebagai mengenang jasa beliau sepanjang menjalankan tugas sebagai naib Canselor di UPM.

Antara program yang berlansung sepanjang hari tersebut adalah program gotong-royong di bahagian masing-masing, kemudian diserikan dengan penyerahan Jalur Gemilang kepada wakil-wakil bahagian TPU dan akhirnya disemarakkan dengan gimik penanaman pokok kelapa oleh tetamu yang kehormat.

Program tersebut telah berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

Disediakan oleh: Dr. Muhammad Azrolharith bin Rashid

 

 

Date of Input: 13/08/2020 | Updated: 13/08/2020 | mahr

MEDIA SHARING

UNIVERSITY AGRICULTURE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282
+603 9769 7285
C1600696196