Bahagian Ladang Puchong | TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
» BAHAGIAN » Bahagian Ladang Puchong

Bahagian Ladang Puchong

 

CARTA
 

 

PENGENALAN BAHAGIAN LADANG PUCHONG

 Di kenali sebagai Ladang Puchong;

*Dibuka pada tahun 1973 oleh Universiti Malaya
*Serah pada Universiti Putra Malaysia pada tahun 1974
*13 KM dari kampus utama
*2 KM dari Putrajaya dan Cyberjaya
*Bersebelahan hutan simpan Air Hitam
*12 orang staf keseluruhannya
*Kini diketuai oleh Encik Mohd Noor Azizul Akbarruddin
 
 
KAWASAN KERJA @ BAHAGIAN LADANG PUCHONG

Bahagian seluas 163 hektar ini terletak di Lot 13854 Mukim Petaling, Daerah Puchong.  Komponen kawasan adalah seperti berikut:

a. Dusun buah-buahan seluas 25 hektar.
b. Kawasan pastura seluas 80 hektar untuk ternakan kerbau.
c. 30 buah kolam ternakan ikan air tawar.
d. Bank Genetik seluas 5 hektar kelolaan Unit Bank Genetik, Bahagian Tanaman.
e. Di kawasan yang dikhaskan kepada Fakulti Pertanian telah didirikan tapak-tapak penyelidikan sains tanah dan hatceri perikanan moden.
f. Sebuah bangunan pejabat untuk menempatkan staf, sebuah setor untuk menyimpan traktor dan perkakasan ladang dan kuarters staf TPU dan kawalan Bahagian Keselamatan UPM juga disediakan.


FUNGSI @ BAHAGIAN LADANG PUCHONG

a. menjadi pusat pengumpulan gemplasma buah-buahan tropika untuk pembelajaran dan penyelidikan tempatan dan antarabangsa
b. menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan akuakultur yang lengkap untuk pelajar dan penyelidik
c. menyediakan infrastruktur asas untuk keusahawanan pelajar dalam bidang akuakultur, ternakan dan tanaman

 

 

Kemaskini:: 27/11/2020 [liliamira]

PERKONGSIAN MEDIA

B1611767778