Bahagian Pengeluaran Bahan Tanaman Dan Hatceri | TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
» BAHAGIAN » Bahagian Pengeluaran Bahan Tanaman dan Hatceri

Bahagian Pengeluaran Bahan Tanaman dan Hatceri

PENGENALAN

Bahagian Pengeluaran Bahan Tanaman dan Hatceri berfungsi sebagai hub kepada aktiviti pertanian terutamanya melibatkan pengeluaran anak pokok buah-buahan serta anak ikan tiliapia merah dan pemprosesan ikan pekasam tilapia, pengembangan teknologi pertanian, klinik pertanian, kursus-kursus pertanian dan amali pelajar.

Demostrasi cantuman matatunas

 

SEKSYEN @ BAHAGIAN PENGELUARAN BAHAN TANAMAN DAN HATCERI

1. Seksyen Projek Jualan Tambahan
2. Seksyen Jualan Hasil Pertanian

Rumah Teduhan

 

KAWASAN KERJA @ BAHAGIAN PENGELUARAN BAHAN TANAMAN DAN HATCERI

Bahagian ini mempunyai keluasan 7.5 hektar yang menempatkan:

    • tiga (3) struktur teduhan bagi anak pokok buah-buahan.
    • plot matatunas seluas tujuh (7) hektar bagi pelbagai jenis pokok buah-buahan terpilih.
    • kawasan landskap tanaman buah-buahan seluas 0.3 hektar.
    • Hatceri Aquakultur seluas 0.5 hektar dengan 10 buah tangki konkrit, tiga (3) buah tangki gentian kaca dan empat (4) buah kolam tanah. 
     

Penetasan ikan air tawar

 

JENIS TANAMAN/TERNAKAN @ BAHAGIAN PENGELUARAN BAHAN TANAMAN DAN HATCERI

Terdapat lebih 10,000 pokok penanti pelbagai jenis buah-buahan disediakan untuk dibuat cantuman. Pelbagai anak pokok buah-buahan seperti durian, rambutan, nangka dan lain-lain sedia untuk dijual.

 Anak pokok nangka madu

Di samping itu, Hatceri Aquakultur menetaskan ikan tilapia merah untuk jualan anak ikan tilapia dan pemprosesan ikan pekasam tilapia.

Ikan pekasam

Kemaskini:: 11/07/2019 [syedghazali]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566794448