Amanat Adilfitri Pengarah Taman Pertanian Universiti | TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
» BERITA » Amanat Adilfitri Pengarah Taman Pertanian Universiti

Amanat Adilfitri Pengarah Taman Pertanian Universiti

SERDANG, 2 Julai – Warga kerja Taman Pertanian Universiti teruja ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri 1440H, sambil mendengar amanah yang disampaikan oleh Pengarah  ketika berhimpun di Astaka Orkid,  Bukit Ekspo UPM.

 

Majlis anjuran bersama Bahagian Pentadbiran dan Kelab Kebajikan TPU (KKTPU) telah bermula  dari 10 pagi hingga 12 tengah hari  dimulakan dengan ucapan Amanat Pengarah Taman Pertanian Universiti. Prof, Madya Dr. Yahya Awang.

 

Dalam majlis tersebut Pengarah telah  mengingatkan warga kerja TPU supaya sentiasa memberi komitmen terbaik pada tugas  hakiki dan juga berusaha mencapai sasaran kerja tahunan (SKT) yang ditetapkan.  ”Saya berasa bangga staf TPU mempunyai kebolehan dan kepakaran tersendiri dan berupaya untuk menyokong operasi perkhidmatan pengajaran dan penyelidikan universiti. Kita kena rasa seronok bekerja”, ujar beliau lagi yang baru dilantik semula mulai 15 Jun 2019 untuk tempoh dua tahun.

 

Majlis yang menyediakan pelbagai juadah serta menu raya itu menjadi medan merapatkan hubungan silaturahim diserikan lagi dengan tiga Anugerah Nadi TPU, Anugerah “Outstanding  Achievement” dan Anugerah Tokoh Pekerja serta cabutan nama bertuah. Anugerah telah disampaikan oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah Taman Pertanian Universiti dengan disaksikan oleh Pengerusi KKTPU, Kamarulzaidi Abdul Ghani.

Anugerah Nadi TPU telah disandang oleh Bahagian Kejuruteraan Ladang TPU, Anugerah “Outstanding  Achievement” disandang oleh Bahagian Nurseri Hiasan dan Rekreasi (Bukit Ekspo) manakala  En. Harichandra yang telah berkhidmat selama 35 tahun di TPU, dari Bahagian pentadbiran TPU telah di pilih unutk menerima Anugerah Tokoh Pekerja TPU tahun 2019.

Tarikh Input: 05/08/2019 | Kemaskini: 06/08/2019 | shazry

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXDcSAQ~