Dua Penyertaan TPU Memenangi Anugerah Emas | TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
» BERITA » Dua Penyertaan TPU Memenangi Anugerah Emas

Dua Penyertaan TPU Memenangi Anugerah Emas

Kuala Lumpur, 18 Julai 2019 – Penyertaan dua kumpulan pengurusan kualiti LEAN dari Taman Pertanian Universiti (TPU) tidak sia-sia apabila meraih anugerah Emas di MPC Konvensyen Team Excellence (RTEx) 2019 - Wilayah Tengah yang berlansung pada 17-18 Julai 2019, di Sheraton Imperial, Kuala Lumpur.

 

Kumpulan yang terserbut adalah Kumpulan Lavendar dari Bahagian Hiasan dan Rekreasi TPU dan Kumpulan Niloticus United dari Bahagian Ladang Puchong TPU. Kedua-dua Pemenang telah menerima sijil dan plak yang disampaikan oleh Ybrs. Tuan Tian Chua, selaku Pengerusi Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

Kumpulan Lavendar telah membentangkan penyelesaian masalah kepada Bahan Mentah untuk menyediakan Tanah campuran yang sentiasa tidak mencukupi. Penggunaan Bahan Organan dari Peat Grow yang di beli dengan harga yang mahal telah menyebabkan bekalan bahan tersebut selalu terputus. Pengantian penggunaan Bahan Organan “Peatgro” kepada bahan kompos telah memberi impak yang besar kepada kecekapan proses pengeluaran, penjimatan belian bahan,  Penjimatan gunatenaga, pengeluaran, dan telah meluaskan sumbangan khidmat masyarakat.

Kumpulan Niloticus United pula telah membentangkan penyelesaian kepada masalah penukaran air untuk ternakan ikan air tawar mengambil masa yang lama.  Untuk mengatasi masalah pembaziran masa semasa proses agihan air ke tangki, satu sistem perpaipan telah direkabentuk bagi menyimatkan masa, tenaga dan meningkatkan kecekapan proses.  Dalam proses ini sumber air utama yang diguna juga telah ditukar dari sumber air domestik (terawat) kepada sumber air tadahan hujan.

Kriteria penilaian persembahan adalah  Pengenalan Syarikat dan Ahli (50 markah), Pemilihan Projek dan Definasi (150 markah), Analisis Peluang Penambahbaikan (250 markah),  Cadangan Penyelesian Kreatif Inovatif dan Perlaksanaan (200 markah), Pemantauan dan Piawaian (100 markah), Pencapaian dan Penciptaan Nilai  (200 markah), serta Persembahan (50 markah).

Seramai 112 kumpulaan yang mewakili Syarikat Multinasional (MNC), Syarikat besar, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Agensi Kerajaan telah mengambil bahagia.

Di antara tujuan konvensyen ini adalah bagi membolehkan peserta 1)  mempersembahkan projek penambahbaikan yang dihsilkan dengan menggunakan alat-alat kualiti dan teknik bersesuian untuk dinilai oleh panel penilai, dan 2) mendapatkan pengiktirafan terhadap usaha-usaha cemerlang melalui penlibatan kumpulan di dalam aktiviti Team Excellence (KIK/5S/Lean)

Tarikh Input: 14/08/2019 | Kemaskini: 14/08/2019 | shazry

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXEQMAJ~