Kunjungan Peserta Action 2019 Ke TPU | TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
» BERITA » Kunjungan Peserta Action 2019 Ke TPU

Kunjungan Peserta Action 2019 Ke TPU

PUSAT EKUIN UPM, SERDANG, 25 Julai 2019 – Pusat Ekuin TPU, UPM baru-baru ini telah menerima kunjungan 102 orang pelajar perubatan yang menyertai program tahunan Asian Collaborative Training on Infectious Disease Outbreaks, Natural Disasters, and Refugee Management (ACTION 2019). Program ini adalah anjuran persatuan pelajar perubatan Universiti Malaya dan adalah merupakan modul tahunan yang disertai oleh pelajar-pelajar perubatan dari seluruh dunia.

 

Salah satu modul di dalam program ini adalah lawatan ke fasiliti haiwan dan konsep One Health dan TPU amat berbangga kerana telah dipilih untuk menjadi fasiliti rujukan modul yang berkenaan.  Penerangan berkenaan hubungan di antara haiwan dan manusia dari konsep One Health iaitu potensi jangkitan penyakit zoonotik di fasiliti penjagaan haiwan telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Taman Pertanian Universiti, Profesor Madya Dr Mohd Hezmee Mohd Noor selama satu jam diikuti oleh sesi soal jawab yang turut dibantu oleh pegawai-pegawai TPU iaitu Dr Muhammad Azrolharith Rashid, En Helmi Azro Mohd Hassan dan En Mohamad Nur Firdaus Mad Wazir.

Di akhir program, peserta berpeluang untuk mendekati kuda-kuda yang jinak ini dan bergambar bersama-sama kuda-kuda ini. TPU amat berharap penerangan yang diberikan semasa kunjungan ini dapat dimanfaatkan peserta-peserta program dan boleh dijadikan rujukan untuk menghadapi kemungkinan terdapatnya wabak penyakit zoonotik di negara masing-masing.

Tarikh Input: 14/08/2019 | Kemaskini: 14/08/2019 | shazry

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXETDAk~