Lawatan Ke UPM-ICoE Dairy Farm | TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
» BERITA » Lawatan ke UPM-ICoE Dairy Farm

Lawatan ke UPM-ICoE Dairy Farm

Serdang, 8 Oktober - Pusat Kecemerlangan Industri Penternakan Lembu Tenusu atau lebih dikenali sebagai UPM-ICoE Dairy Farm telah dikunjungi oleh Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, YBhg. Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris dan ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti, Universiti Putra Malaysia. Turut menemani kunjungan tersebut ialah Pengarah Taman Pertanian Universiti, Prof. Madya. Dr. Yahya Awang dan Timbalan pengarah Taman Pertanian Universiti, Prof. Madya. Dr. Mohd Hezmee Mohd Noor serta dekan-dekan daripada Fakulti Pertanian dan Fakulti Perubatan Veterinar UPM.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Farm Fresh, Mr. Loi Tuan Ee dan lawatan telah berlansung selama 2 jam. Pelawat telah dibawa ke kawasan ternakan lembu tenusu baka Frisien Jersey dan juga tempat pemerahan susu.

Selain itu, pengunjung juga telah dibawa melawat ke kandang anak lembu dan telah diterangkan sistem pengurusan ladang tersebut.

UPM-ICoE Dairy Farm dijangka akan dibuka kepada orang ramai pada tahun hadapan sebagai sebuah pusat edu-pelacongan dan akan menghasilkan produk susu khas keluaran UPM-ICoE Dairy Farm sendiri. Lawatan tersebut telah berakhir pada jam 4 petang.

Disediakan oleh: Dr. Muhammad Azrolharith bin Rashid

Tarikh Input: 09/10/2019 | Kemaskini: 09/10/2019 | shazry

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXDcRAA~