Lawatan Kerja Ke Markas 12 Briged, Angkatan Tentera Malaysia, Kem Wardieburn, Kuala Lumpur | TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
» BERITA » Lawatan Kerja ke Markas 12 Briged, Angkatan Tentera Malaysia, Kem Wardieburn, Kuala Lumpur

Lawatan Kerja ke Markas 12 Briged, Angkatan Tentera Malaysia, Kem Wardieburn, Kuala Lumpur

Serdang, Rabu 7 Oktober 2020 - Taman Pertanian Universiti telah menghantar tiga (3) orang staf Bahagian Pengeluaran Bahan Tanaman dan Hatceri untuk melakukan lawatan kerja ke Markas 12 Briged, Angkatan Tentera Diraja Malaysia di Kem Wardieburn, Kuala Lumpur.

Lawatan kerja ini adalah di atas jemputan Panglima 12 Briged, YBhg. Brig. Jen. Datuk Marzuki bin Hj. Mokhtar bagi UPM khususnya TPU memberi khidmat nasihat penanaman dan penjagaan pokok buah-buahan di sebuah plot tanaman buah-buahan di Kem Warbieburn, Kuala Lumpur.

Semasa lawatan kerja ini, staf TPU telah membimbing dan mencadangkan kepada pegawai dan anggota lain-lain pangkat tentera cara penanaman, pembajaan, kawalan penyakit dan perosak tanaman buah-buahan di Kem Warbieburn.

Diharap lawatan kerja ini akan dapat menjalinkan kerjasama yang lebih erat di antara UPM khususnya TPU dengan Angkatan Tentera Malaysia di masa hadapan.

Tarikh Input: 12/10/2020 | Kemaskini: 12/10/2020 | syedghazali

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXEUHAo~