Perkhemahan Badan Beruniform Pusat Genius @ Pintar Negara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) | TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
» BERITA » Perkhemahan Badan Beruniform Pusat Genius @ Pintar Negara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Perkhemahan Badan Beruniform Pusat Genius @ Pintar Negara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

UPM Serdang 22 Julai 2019.  Pusat GENIUS @ Pintar Negara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan Program Perkhemahan Badan Beruniform Pusat GENIUS @ Pintar Negara bagi tahun 2019, di Bukit Ekspo, Taman Pertanian Universiti, UPM pada 19-21 Julai 2019. Program ini di anjurkan Bersama oleh  Pusat GENIUS @ Pintar Negara, Taman Pertanian Universiti (TPU), UPM, Persatuan Maufakat Kolej Permata Pintar UKM dan KOR Suksis UPM.

Di antara tujuan program ini adalah untuk memberi motivasi dan memaksimumkan keyakinan pelajar, serta meningkatkan kemahiran berorganisasi, kepimpinan komunikasi keyakinan diri pengalaman dan jati diri pelajar.

Program ini disertai oleh pelajar sekolah menengah seramai 470 orang pelajar  termasuk pegawai pengiring. 

Program yang bertemakan “Sinergi Kekuatan, Menjana Perubahan”telah membolehkan pelajar merasai pengalaman bermalam di dalam khemah yang dipasang sendiri.

Program yang dijalankan dalam tempoh 3 hari 2 malam ini dikendalikan oleh Pegawai dari Polis Diraja Malaysia, Bomba dan Penyelamat, Pertahanan Awam dan Bulan Sabit Merah UPM.  Sepanjang Perkhemahan, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti kokurikulum seperti merentas halangan, kembara alam, team building, aktiviti dalam kumpulan dan kuliah.  Semua aktiviti ini menekankan semangat cinta akan negara yang akan berperanan dalam membentuk pembinaan negara bangsa dan jati diri pelajar.

 

 

 

Tarikh Input: 26/07/2019 | Kemaskini: 26/07/2019 | shazry

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXERCAV~