Pertandingan Pameran Booth PTJ Terbaik Sempena Ekspo Pertanian Dan Pesta Konvokesyen | TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
» BERITA » Pertandingan Pameran Booth PTJ Terbaik Sempena Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen

Pertandingan Pameran Booth PTJ Terbaik Sempena Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen

 

 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telah mengambil bahagian sebanyak 28 booth PTJ didalam pertandingan Booth Pameran Penyelidikan dan Inovasi, Ekspo Konvokesyen UPM bersempena dengan majlis Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM kali ke-40 yang dijalankan bermula pada tarikh 20 - 26 Oktober 2016.

Didalam pameran ini sebanyak tiga (3) pemenang disenarai pendek oleh juri bebas yang mana kriteria pemilihan berdasarkan kepada susun atur bahan pameran, bahan pameran penyelidikan, kebersihan, hiasan dan kekemasan, mesra pelawat/pengunjung, daya interaktif dan bahan tambahan selama enam (6) hari berlangsungnya pameran tersebut.

Syabas sekali lagi kepada pemenang tempat pertama Johan terdiri dari Fakulti Sains dan Makanan (Kampus Bintulu), Naib Johan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan tempat ketiga jatuh kepada Fakulti Alam Sekitar.

Terima kasih juga diucapkan kepada pihak urusetia pameran PTJ iaitu pihak Putra Sains Park didalam kejayaan penganjuran kali ini. 

  
  

 

 

Tarikh Input: | Kemaskini: 28/04/2017 | fadzliarifin

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXDdBAN~