Program One Health Economics (Putrabiz@Vet) | TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
» BERITA » Program One Health Economics (Putrabiz@Vet)

Program One Health Economics (Putrabiz@Vet)

Serdang, 13 Oktober- Satu program One Health Economics (Putrabiz@Vet) telah dijalankan di Ladang Rusa, Taman Pertanian Universiti (TPU) UPM semalam. Program yang telah melibatkan pelajar tahun 3 jurusan Doktor Perubatan Veterinar itu telah dijalankan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai kesan ekonomi penyakit zoonotik di Malaysia. Selari dengan saranan pihak kerajaan yang telah menyenaraikan strategi untuk menguruskan masalah penyakit zoonosis dengan kos yang efisyen.

Program yang dijalankan di Taman Pertanian Universiti (TPU) telah berlansung pada 5 dan 12 Oktober 2019. Program ini merangkumi penggunaan kawasan ladang rusa yang sesuai untuk menjalankan program in-situ One Health Economics. Untuk pengetahuan semua, pelajar veterinar dengan bantuan pegawai pemantau akan menjalani aktiviti ‘Problem Based Learning’ menggunakan kes berkaitan penyakit zoonosis.

Menurut Timbalan Pengarah TPU, Prof. Madya Dr. Mohd Hezmee Mohd Noor berkata, “program sebegini dapat meningkatkan minat pelajar untuk memahami mengenai ekonomi kesihatan haiwan secara tidak langsung di samping membantu pembangunan sebagai doktor perubatan veterinar yang mempunyai kemahiran komunikasi, kreatif, berfikiran kritis dan sikap berkerjasama”.

Kesimpulannya, program ini mampu memberi impak yang positif dalam kalangan mahasiswa dalam memilih hala tuju mereka seterusnya melahirkan mahasiswa yang berpengetahuan tinggi dalam semua aspek. Hal ini amat penting bagi merealisasikan misi utama Universiti Putra Malaysia iaitu memberikan sumbangan bermakna kepada kemajuan manusia sejagat menerusi penerokaan dan penyebaran ilmu.

Tarikh Input: 14/10/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | shazry

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXEURAX~