Program Perintis Pembangunan Komuniti DUN Seri Serdang | TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
» BERITA » Program Perintis Pembangunan Komuniti DUN Seri Serdang

Program Perintis Pembangunan Komuniti DUN Seri Serdang

SERDANG, 21 Julai 2019 – Taman Pertanian Universiti (TPU), UPM telah menyertai program ini melalui jemputan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama YB. DUN Seri Serdang dalam pelaksanaan Projek Perintis Pembangunan Komuniti di dua buah tempat iaitu Pangsapuri PKNS Seri Kembangan dan Pangsapuri Sri Indah yang akan memfokuskan pada pembangunan pertanian bandaran dan pendidikan melalui kesihatan.

Projek ini merupakan inisiatif idea oleh YB. Puan Dr. Siti Mariah Mahmud yang sedang dijalankan bermula Julai-Disember 2019 (Fasa I) setelah melihat hasil keberkesanan impak pelaksanaan projek-projek UPM sekitar kawasan Seri Serdang di bawah Bandar Hijau Serdang pada tahun 2014-2017 yang lalu.

Melalui Moto UPM, “Berilmu Berbakti” dan konsep “Dari Gedung Ilmu ke Lapangan”, segala ilmu, kemahiran dan kepakaran dipindahkan dari Universiti kepada Komuniti melalui proses pemindahan ilmu (knowledge transfer) di lapangan.

Pegawai-pegawai dari Bahagian Bahan Tanaman dan Hatceri telah memberikan demo tanaman pokok buah-buahan secara tut kepada peserta program tersebut. PTJ-PTJ lain yang terlibat adalah Fakulti Pertanian, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, dan juga Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

 

Tarikh Input: 26/07/2019 | Kemaskini: 26/07/2019 | shazry

PERKONGSIAN MEDIA

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282
+603 9769 7285
C1573946246