Program Walkathon Amal KanWork 3 | TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
» BERITA » Program Walkathon Amal KanWork 3

Program Walkathon Amal KanWork 3

Persatuan Kanser Network Selangor dan Wilayah Persekutuan (KanWork) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan War on Cancer Malaysia telah menganjurkan program Walkathon Amal KanWork 3 pada 15 September 2018 (Sabtu), bermula pukul 7.00 hingga 11.00 pagi dan bertempat di Bambusa, Bukit Ekspo Universiti Putra Malaysia.

KanWork merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berdaftar yang ditubuhkan untuk memberikan sokongan kepada pesakit kanser, penjaga dan ahli keluarga di samping meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan kanser.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit kanser,menggalakkan aktiviti sosial dan riadah dengan mempromosikan gaya hidup sihat melalui aktiviti berjalan, serta mengeratkan silaturrahim dalam kalangan ahli KanWork, rakan kongsi dan orang awam. 

Tarikh Input: 15/09/2018 | Kemaskini: 16/09/2018 | shazry

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXDdSAB~