Sesi Verifikasi Anak Pokok Buah-Buahan SPBT 2/2019 | TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
» BERITA » Sesi Verifikasi Anak Pokok Buah-Buahan SPBT 2/2019

Sesi Verifikasi Anak Pokok Buah-Buahan SPBT 2/2019

Sesi verifikasi kedua anak pokok durian bagi Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) oleh staf Ibupejabat Jabatan Pertanian Malaysia, Putrajaya telah dijalankan pada 28 Jun 2019.

Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) - Sesi Verifikasi Anak Pokok Buah-Buahan 2/2019

Sejumlah 1,373 anak pokok durian klon D200, D197, D99 dan D24 berjaya disahkan ketulenan klon untuk sesi verifikasi kali ini.

Sesi verifikasi ini merupakan kali kedua diadakan pada tahun 2019. Pada sesi verifikasi pertama pada 8 Mei 2019, sejumlah 1,276 anak pokok durian klon D197 dan D168 serta jambu air madu (thai king) berjaya disahkan ketulenan klon.

Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) - Sesi Verifikasi Anak Pokok Buah-Buahan 2/2019

Adalah dijangkakan menjelang suku ketiga dan keempat tahun ini, sesi verifikasi sebegini akan diadakan lagi bagi mengesahkan ketulenan klon anak-anak pokok telah sedia dicantum.

Tarikh Input: 26/07/2019 | Kemaskini: 26/07/2019 | syedghazali

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXETXAY~