Timbalan Pengarah TPU Kacau Bubur Lambuk! | TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
» BERITA » Timbalan Pengarah TPU kacau bubur lambuk!

Timbalan Pengarah TPU kacau bubur lambuk!

Timbalan Pengarah TPU kacau bubur lambuk!

SERDANG, 24 Mei- Majlis Memasak Bubur Lambuk dan Majlis Khatam Al-Quran, Anjuran KKTPU telah berlangsung di perkarangan hadapan Bangunan Delima dan Surau TPU sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. 

Majlis yang menjadi tradisi KKTPU pada setiap  menjelang Ramadhan ini telah ini dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan kehadiran Timbalan Pengarah, Pengerusi KKTPU, Ketua-ketua Bahagian TPU serta ahli-ahli KKTPU.

Majlis kemudiaannya diteruskan lagi dengan program khatam Al-Quran pada jam 3.00 petang yang diketuai oleh Dr. Muhammad Azrolharith ini bertujuan untuk menjadikan amalan bacaan Al-Quran sebagai satu tradisi dikalangan warga TPU.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah memasak bubur lambuk, mengagih kepada staf-staf TPU dan diikuti dengan majlis mengkhatam Al-Quran.

Untuk pengentahuan semua, agihan bacaan surah telah dilaksanakan  bermula awal Ramadhan kepada setiap bahagian di TPU dan acara kemuncaknya diakhiri dengan Majlis Khatam yang telah dipimpin oleh En Husni Harmin. 

Majlis telah disudahi dengan penyampaian bubur lambuk oleh Prof. Madya Dr. Mohd Hezmee Mohd Noor, selaku Timbalan Pengarah TPU diiringi oleh Pengerusi Kelab Kebajikan TPU dan telah bersurai pada jam 5.00 petang.

Tarikh Input: 08/08/2019 | Kemaskini: 08/08/2019 | shazry

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXEXXAq~