Unit Sayuran Taman Pertanian Universiti Berkongsi Kepakaran Bersama Agrobank | TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
» BERITA » Unit Sayuran Taman Pertanian Universiti Berkongsi Kepakaran Bersama Agrobank

Unit Sayuran Taman Pertanian Universiti Berkongsi Kepakaran Bersama Agrobank

SERDANG,21 Julai. Seramai 30 pegawai Pinjaman Agrobank telah mengadakan program Latihan Lapangan Berkaitan Pengeluaran Sayur-Sayuran bertempat di Unit Sayuran, Taman Pertanian Universiti (TPU), Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini telah melibatkan kerjasama antara dua entiti di  UPM iaitu TPU  dan Fakulti Pertanian (FP) bersama Agrobank.

Program ini yang kali kedua diadakan bertujuan untuk membantu memberikan maklumat,teknik serta pemindahan teknologi kepada pegawai pinjaman  Agrobank. Pegawai juga diharap dapat memahami proses dan kos operasi bagi penghasilan sayur-sayuran. Program ini dijalankan melalui dua  kaedah iaitu penerangan secara teori dan praktikal. Pegawai telah diberikan peluang untuk mempraktikkan setiap modul yang diberikan dengan bimbingan dari pegawai-pegawai UPM. Antara modul yang diberikan adalah meliputi pengkomposan, fertigasi dan lain-lain. Seramai dua pegawai  dari UPM  yang terlibat di dalam program ini iaitu Puan Aslinah Adnan (TPU) dan  pensyarah Amal Putra, Dr. Siti Hajar Ahmad (FP).

Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 1.00 petang. Menurut salah seorang dari pegawai pinjaman Agrobank dari Melaka,beliau amat berterima kasih  kerana diberi peluang menyertai program ini dan mengesyorkan program ini dapat dijalankan secara tahunan kerana di samping dapat mengeratkan kerjasama dalam industri ia juga dapat memberikan input berguna kepada mereka berkenaan kos operasi dalam industri sayur-sayuran.

Tarikh Input: 26/07/2019 | Kemaskini: 26/07/2019 | shazry

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXDdNAR~