SOALAN LAZIM | TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

Perkhidmatan
1
Saya berminat untuk mempelajari cara-cara menunggang kuda. Adakah UPM menyediakan kelas menunggang kuda?

UPM melalui TPU ada menyediakan kelas menunggang kuda di kampus UPM Serdang. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web Bahagian Ternakan TPU.

2
Bolehkah saya menggunakan kemudahan di Bukit Ekspo bagi majlis hari keluarga jabatan saya?

Kemudahan yang disediakan di Bukit Ekspo boleh digunakan oleh masyarakat dalam dan luar kampus pada bila-bila masa tertakluk kepada kelulusan Pengarah TPU atau wakilnya.

3
Di manakah boleh saya melawat untuk melihat penternakan ikan air tawar?

TPU menjalankan penternakan ikan tawar di Bahagian Ladang Puchong. Kemudahan pembenihan anak-anak ikan dan udang juga dijalankan di Bahagian ini dengan kerjasama Fakulti Pertanian. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web Bahagian Ladang Puchong.


Penyelidikan
4
Saya Berminat untuk menjalankan penyelidikan di Taman Pertanian Universiti  Dengan siapakah patut saya berurusan?

Sila dapatkan borang Pekhidmatan Penyelidikan di Seksyen Latihan, Pengajaran, Penyelidikan dan Khidmat Profesional yang terletak di Pejabat Pentadbiran, TPU untuk tindakan seterusnya.


Pengajaran, Latihan, Kursus Pendek dan Lawatan
5
Dimanakah boleh saya dapatkan maklumat mengenai kursus-kursus jangka pendek yang ditawarkan oleh TPU?

Maklumat mengenai kursus-kursus jangka pendek yang akan dikendalikan oleh TPU boleh diperolehi melalui laman web kami atau menghubungi Pejabat Pengarah TPU.

6
Jabatan saya berminat untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke UPM. Bagaimanakah caranya?

Masyarakat umum sentiasa dialu-alukan untuk melawat kampus hijau UPM. Anda boleh menghubungi Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi UPM bagi mengatur lawatan anda. Namun sekiranya anda berminat melawat dan mendekati pertanian, anda boleh menghubungi Pejabat Pengarah TPU untuk keterangan lanjut.


Hasil Ladang TPU dan UPM
7
Di manakah boleh saya beli sayuran dan anak pokok buah-buahan terutamanya durian dan rambutan?

Anak pokok buah-buahan boleh dibeli di Bahagian Pengeluaran Bahan Tanaman dan Hatceri.  Bagi sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain produk hasil pertanian TPU boleh dibeli di Bangunan Pasca Tuai,Unit Sayuran, Taman Pertanian Universiti, UPM Serdang.  Dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat (tidak termasuk cuti umum), jam 8.30 pagi hingga 2.30 petang.

Kemaskini:: 13/10/2020 [syedghazali]

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
B1606361620