Dari Meja Pengarah | TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
» MENGENAI KAMI » Dari Meja Pengarah

Dari Meja Pengarah

Assalamualaikum w.b.t.

Seperti yang kita sedia maklum, sektor pertanian adalah penting sebagai pembekal dan penjamin sekuriti makanan serta peluang pekerjaan di samping menjana pendapatan melalui ekspot dan meningkatkan ekonomi negara. Selaras dengan itu, UPM mendukung hasrat Negara dengan menetapkan matlamat keempat UPM ke arah memperkasakan pertanian.

Di samping itu juga, UPM telah merangka tema universiti berteraskan pertanian iaitu Pertanian. Inovasi. Kehidupan. Sejajar dengan itu, Taman Pertanian Universiti (TPU) menyahut seruan dengan beriltizam mendukung hasrat ini dengan mengembeling seluruh tenaga bagi memastikan matlamat ini tercapai. Di samping menggalakkan warga TPU mempertingkatkan daya saing dalam sektor pertanian khususnya keupayaan mencipta, berusaha menghasilkan pembaharuan, menjana dan memanfaatkan buah fikiran baru serta menggunakan teknologi dan kemahiran keusahawanan yang terbaik.

Selaras dengan kemajuan teknologi masa kini, internet merupakan instrumen yang amat penting bagi menyampaikan maklumat secara pantas. Melalui laman web ini, TPU berharap dapat memberi informasi kemudahan pertanian yang terkini. InsyaAllah segala maklumat yang dikongsi dalam laman web ini diharap dapat meningkatkan jaringan hubungan di antara pihak TPU dengan warga UPM dan masyarakat umum.

Akhir kata, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang sudi melayari Laman Portal Taman Pertanian Universiti.

Sekian, Wassalamualaikum w.b.t.

“BERILMU BERBAKTI”


Prof. Madya. Dr. Yahya Awang
Pengarah
Taman Pertanian Universiti
Tel. : +60389467301
Fax : +60389424076 
Email : yahya_awg@upm.edu.my

Kemaskini:: 08/11/2018 [shazry]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566797954