Sejarah | TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
» MENGENAI KAMI » Sejarah

Sejarah

 

 

LATAR BELAKANG

Taman Pertanian Universiti telah ditubuhkan pada  1 Disember 2001 sebagai pelantar untuk menyokong pengajaran, penyelidikan dalam bidang pertanian serta menyediakan perkhidmatan untuk warga kampus dan masyarakat. Berkeluasan dalam 570 hekta yang  meliputi kampus Serdang sebanyak 407 hekta dan Ladang Puchong seluas 162 hekta. Manakala Taman Pertanian Universiti (kampus Bintulu) mempunyai kawasan seluas 714.135 hektar. Aktiviti utama di UPMKB adalah pengajaran dan penyelidikan tanaman, ternakan, akuakultur dan kejuruteraan pertanian.


Taman Pertanian Universiti bermula dengan Bahagian Ladang, Universiti Pertanian Malaysia yang berfungsi sejak tahun 1971 untuk menyediakan latihan praktik pelajar dan memberi perkhidmatan kepada kampus seperti pengangkutan, kebersihan dan lain-lain. Pada tahun 1998, Bahagian Ladang telah distrukturkan semula menjadi Taman Penyelidikan Universiti, Universiti Putra Malaysia yang fungsinya untuk menyediakan kemudahan penyelidikan dan perkhidmatan dalam bidang pertanian.

Selaras dengan hasrat Negara dan Universiti untuk memartabatkan sektor pertanian maka nama Taman Penyelidikan Universiti diubah menjadi Taman Pertanian Universiti.

 

Penubuhan Taman Pertanian Universiti adalah untuk melaksanakan pembangunan fizikal dan akademik serta menyenggara kawasan kampus yang terlibat dengan pertanian.

 

Penubuhan TPU adalah signifikan dalam konteks UPM, ini adalah kerana: 

  1. TPU bertindak sebagai custodian kawasan kampus UPM untuk memastikan kawasan kampus UPM digunakan dan diselenggarakan bagi kepentingan pembelajaran dan  penyelidikan yang berasaskan pertanian
  2. TPU berfungsi sebagai jentera pelaksana bagi aktiviti pembelajaran dan penyelidikan berasaskan pertanian
  3. TPU bertindak sebagai agen koordinasi aktiviti pembelajaran dan penyelidikan pertanian terutama dalam penggunaan kawasan pertanian kampus UPM supaya tahap penggunaan kawasan adalah pada tahap yang optimum
  4. TPU juga menjaga dan mengendalikan sempadan UPM baik daripada segi kebersihan landskap dan mencegah pencerobohan

 

Kemaskini:: 17/07/2019 [shazry]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566794758