| TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI

Taman Pertanian Universiti (TPU) terlibat dalam menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran serta infrastruktur yang lengkap untuk pengendalian kursus Amalan Ladang dan latihan praktikal. Kemudahan yang disediakan bertujuan meningkatkan taraf kemahiran dan meluaskan pengalaman pelajar dalam perusahaan pertanian daripada segi pendedahan, pengalaman dan kemahiran yang diperlukan.

Taman Pertanian Universiti (TPU) sentiasa mengemaskini maklumat pegawai/staf termasuk bidang kepakaran dari semasa ke semasa. Staf juga boleh memuat turun borang atau dokumen yang tersedia di laman web atau melalui portal e-iso yang terkini.

Taman Pertanian Universiti merupakan tunjang dalam perkhidmatan UPM sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh warga kampus.

Taman Pertanian Universiti (TPU)  juga terlibat dalam memberikan kemudahan sokongan penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik, pensyarah dan pelajar siswazah di Taman Pertanian Universiti. Seterusnya membuat pemantauan penggunaan kemudahan dan penilaian perkhidmatan penyelidikan yang telah dilaksanakan. Antara bentuk kemudahan yang disediakan ialah menyediakan kemudahan untuk pengambilan sampel tanaman, ternakan dan juga sewaan ruang untuk tujuan penyelidikan.

TPU sentiasa memberikan kerjasama dalam perkongsian dan memberikan teknologi terbaik kepada seluruh warga kampus.

B1606363792