COVID BUKAN PENGHALANG BAGI MENYEMARAKKAN BULAN KEMERDEKAAN. | UNIVERSITY AGRICULTURE PARK
» NEWS » COVID BUKAN PENGHALANG BAGI MENYEMARAKKAN BULAN KEMERDEKAAN.

COVID BUKAN PENGHALANG BAGI MENYEMARAKKAN BULAN KEMERDEKAAN.

SERDANG- Sambutan Hari Kemerdekaan pastinya akan menjadi salah satu sambutan yang dinanti-nantikan oleh semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa Melayu, Cina mahupun India. Namun sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini melakar sejarahnya hang tersendiri apabila rakyat Malaysia menyambut Kemerdekaan dalam norma baharu.

Memandangkan Hari Kebangsaan yang ke-64 pada tahun ini dalam situasi penularan kes COVID-19 yang semakin membimbangkan, maka menjadi tanggungjawab Taman Pertanian Universiti untuk mendidik dan menyemai semangat patriotik dalam kalangan staf, pelajar dan seluruh warga Taman Pertanian Universiti. Sehubungan dengan itu, Taman Pertanian Universiti, UPM telah menggandakan usaha mengibarkan jalur gemilang dan hiasan bangunan serta Kawasan sekitarnya dilakukan dengan cukup meriah dan ceria.

Date of Input: 04/10/2021 | Updated: 04/10/2021 | liliamira

MEDIA SHARING

SEE ALSO
UNIVERSITY AGRICULTURE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXDdXAy~