Kursus Cendawan Tiram Dapat Sambutan Hangat | TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
» BERITA » Kursus Cendawan Tiram Dapat Sambutan Hangat

Kursus Cendawan Tiram Dapat Sambutan Hangat

Kursus Cendawan Tiram Dapat Sambutan Hangat

SERDANG, 4 Julai. Cendawan tiram atau nama saintifiknya Pleurotus ostreatus  adalah sejenis cendewan yang kerap ditanam dan mendapat permintaan yang tinggi di kalangan masyarakat. Komoditi ini secara kasarnya boleh mencapai harga RM12/sekilogram dan ini merupakan satu produk yang boleh diketengahkan di dalam industri. Melihat dari potensi produktiviti dan penghasilan pendapatan dari cendawan tiram ini, Unit Cendawan, Bahagian Tanaman, Taman Pertanian Universiti(TPU) telah berkolaborasi bersama Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi menganjurkan kursus penanaman cendawan tiram khas untuk staf UPM.

Kursus ini telah dijalankan pada 3-4 Julai 2019 bertempat di Bangunan Agrotek Taman Pertanian Universiti. Seramai 20 orang staf dari pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) telah menyertai kursus ini.Tenaga pengajar bagi program ini adalah Puan Zaliza Mahat dan Puan Azizah Hamid. Para peserta telah diajar melalui dua cara iaitu melalui secara praktikal dan teori. Pada hari pertama, peserta telah diajar cara-cara membancuh adunan, mengukus  media dan menginokulasi benih cendawan ke dalam media. Manakala pada hari kedua, peserta telah diajar cara-cara membuat benih untuk cendawan, jenis-jenis penyakit yang menyerang tanaman cendawan dan cara kawalannya. Pada sebelah petangnya pula, peserta telah belajar cara- cara membungkus dan menggred cendawan tiram yang telah siap dituai.

Menurut salah seorang peserta, beliau berasa amat teruja kerana diberi peluang menyertai kursus ini kerana bagi beliau kursus ini amatlah memberi banyak info yang berguna dan boleh dipraktikan sekiranya beliau berhasrat membuka perniagaan cendawan sendiri.

Tarikh Input: 08/08/2019 | Kemaskini: 08/08/2019 | shazry

PERKONGSIAN MEDIA

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282
+603 9769 7285
B1566796103