PROGRAM PENGEMBANGAN PERTANIAN | TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
» BERITA » PROGRAM PENGEMBANGAN PERTANIAN

PROGRAM PENGEMBANGAN PERTANIAN

Tarikh: 7 Mei 2017

Tempat: Batu Talam, Raub Pahang

Bil Penglibatan: 3 orang Pegawai

Tajuk: Pembajaan Yang Berkesan Pada Pokok Buah-buhan

Penceramah: En. Norhaimanshah bin Ismail 

 

Program ini dibawah geran Transfer Knowledge Programme, Kementerian pendidikan dan diberikan kepada pihak UCTC UPM.

Seramai 20 penduduk tempatan telah menghadiri program ini bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengah hari. Program ini menerangkan kesan dan kaedah pembajaan pada pokok buahan.

Pembajaan yang berkesan ini terbahagi kepada dua iaitu baja kimia dan baja organik. Contoh baja kimia yang digunakan di dalam pembajaan pokok buahan ialah NPK hijau (15:15:15) dan NPK biru (12:12:17:2) manakala untuk baja organik ialah baja tahi ayam dengan nisbah (8:8:8).

kaedah pemberian baja terbahagi kepada 4 cara iaitu:

     1. tabur terus  

     2. poket/lubang

     3. parit

     4. semburan

program ini berakhir dengan jayanya. kesemua perserta dapat mempratikal ilmu yang ditunjukkan.

 

 

 

Tarikh Input: 14/06/2017 | Kemaskini: 14/06/2017 | alfanhidayat

PERKONGSIAN MEDIA

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282
+603 9769 7285
B1566796197