Program ini telah dilaksanakan pada 9 Mei 2017 yang melibatkan semua Bahagian di TPU. Kira-kira 45 orang staf telah sama-sama berganding bahu menanam pelbagai pokok baka buah-buahan di sekitar kawasan Bahagian Pemasaran.
Program ini bertujuan menyahut seruan ke arah menghijaukan kampus UPM. Di samping itu, Bahagian Pemasaran dapat meningkatkan pokok-pokok baka yang ditanam di dalam kawasan Bahagian untuk tujuan mendapatkan matatunas bagi pembiakan tampang.
Di antara pokok baka buah-buahan yang telah ditanam adalah pokok baka durian, mangga, laici, limau kasturi dan jambu batu.
Klik di sini untuk ke Galeri Foto Team Work Perdana - Kelestarian Hijau
Tarikh Input: 14/06/2017 | Kemaskini: 23/08/2018 | syedghazali
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan